Suami isteri termasuk bayi cedera kemalangan tiga kenderaan

6 Aug 2026 • 11:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suami isteri termasuk bayi cedera kemalangan tiga kenderaan

SERDANG – Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia lima bulan cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 9.44 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun bersama penumpang wanita berusia 22 tahun dan bayi lelaki berusia lima bulan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dan trak pikap Toyota Hilux.

“Pemandu Toyota Hilux dan penumpang wanita cedera ringan, manakala bayi pula cedera pada bahagian muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ibu dan bayi tersebut diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Suami isteri termasuk bayi cedera kemalangan tiga kenderaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved