Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

LocalCars
3 Sep 2026 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

image.png

Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun berdepan detik cemas gara-gara tersilap memijak pedak minyak menyebabkan kereta yang dipandunya merempuh tembok konkrit dan terjunam ke aras bawah parkir sebuah pangsapuri di Ampang, kelmarin.

Kronologi Kereta Terjunam Tembok Parkir Ampang

Kejadian cemas itu berlaku apabila pemandu terbabit sedang bergerak untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta pangsapuri berkenaan.

Secara tidak sengaja, lelaki itu dipercayai tertekan pedal minyak yang menyebabkan kenderaannya meluncur laju melanggar tembok keselamatan. Rempuhan kuat tersebut mengakibatkan kenderaan melintasi tembok konkrit sebelum terjunam ke tingkat bawah.

Tiada Kecederaan Dilaporkan, Siasatan Polis Bermula

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, mengesahkan kaunter aduan trafik menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 7.55 malam.

"Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini," kata beliau ketika dihubungi.

Semua pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut telah tampil ke balai polis berdekatan bagi membuat laporan rasmi untuk tindakan lanjut.

Berpunca Daripada Kecuaian Pemandu

Pihak polis mengesahkan bahawa insiden berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri yang gagal mengawal kenderaan dengan baik semasa memandu.

Kes kini disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59 kerana memandu dengan tidak cermat atau tanpa perhatian yang munasabah. Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika mengendalikan kenderaan di kawasan parkir bertingkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved