![Image from: [VIDEO] Bukan satu, tapi empat buah kereta kena langgar](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-28-at-4.26.46-PM-1024x618.jpeg)
PETALING JAYA – “Terima kasih bagi dashcam (rakaman kamera papan pemuka) tadi, kereta saya salah satu yang terlibat dalam kemalangan ini.”
Itu luahan seorang pemilik kenderaan yang mendakwa keretanya antara empat buah kenderaan dilanggar sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di kawasan parkir Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru semalam.
Kejadian sekitar pukul 1.28 petang itu dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang berada berhampiran lokasi kejadian.
Menerusi rakaman tersebut, Toyota Hilux terbabit dilihat bergerak secara mengundur sebelum melanggar empat kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan.
Rakaman kejadian itu dikongsikan pengguna Threads @remyrohaizadraya yang memuat naik bukti rakaman kamera papan pemuka mengenai insiden tersebut.
“Bukti dashcam (kamera papan pemuka) apa yang berlaku tadi (semalam)…tabah pada pemilik kereta,” katanya dalam satu hantaran semalam.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian seorang pengguna @marliamusaa_ yang juga pemilik kereta dilanggar, mendakwa pemandu Hilux terbabit adalah warganegara Singapura.
“Mabuk awak. Lepas itu bukn orang sini dia dari Singapura.
“Semua terlibat (kereta dilanggar) owner (pemilik) perempuan,” katanya.
Dakwaan tersebut turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang menganggap kejadian akibat pemandu dipercayai mabuk sebagai antara situasi paling menakutkan di jalan raya.
Pengguna, @shahirahramlee berkata, seseorang boleh menjadi mangsa kemalangan walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Benda yang paling menakutkan. Bila kita tak buat salah tapi kenderaan lain yang buat masalah. Paling benci bila kes mabuk. Ya Allah lindugilah kami tiap kali bawa kenderaan,” ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna @azamzalid, memuji tindakan pantas pemandu sebuah Proton Iswara yang dilihat cuba mengelak daripada dirempuh kenderaan terbabit.
“Salute pada pemilik Iswara tu, dia membuktikan tabg dia fokus bawa kereta dan bersedia, sempat tukar gear reverse (undur) walau dalam keadaan tiba-tiba macam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Bukan satu, tapi empat buah kereta kena langgar appeared first on Kosmo Digital.






![[VIDEO] ‘Siapa ada dashcam insiden penunggang basikal di Presint 5?’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-2.19.23-PM-1024x657.jpeg)