Tiga maut kereta terjunam gaung lima meter

1 Sep 2026 • 10:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga maut kereta terjunam gaung lima meter

LAHAD DATU – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jalan Hutan Simpan Bagahak, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.38 malam sebelum pasukan tiba di lokasi pada 8.16 malam.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan Proton Aeroback dipercayai terbabas sendiri ketika melalui selekoh sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter.

“Terdapat tiga lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan manakala seorang lagi lelaki dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Sumsoa berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 8.45 malam. – Bernama

The post Tiga maut kereta terjunam gaung lima meter appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved