Tertinggal Stokin Lepas Tarawih, Tindakan Lelaki Uyghur Ini Buat Pemuda Malaysia Tergamam

5 Mar 2026 • 3:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tertinggal Stokin Lepas Tarawih, Tindakan Lelaki Uyghur Ini Buat Pemuda Malaysia Tergamam

Pejam celik, pejam celik hari ini telah memasuki hari ke-15 seluruh umat Islam menjalani ibadah puasa.

Sebagai seorang muslim, ramai mengambil peluang ramadan untuk menggandakan ibadat khususnya menuju 10 malam terakhir.

Tidak kira di Malaysia, mahupun negara-negara yang mempunyai umat Islam meskipun berbeza lokasi.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pemuda Malaysia yang menjalani ibadah puasa di bumi China.

"Momen terindah lepas habis solat tarawih di Urumqi.."

image is not available

Kongsinya, selepas beberapa hari tidak menjumpai masjid di sekitar Xinjiang, dia menemui sebuah masjid untuk merasai pengalaman dan suasana menjalani solat tarawih di negara tembok besar itu.

Menariknya, pemuda itu berkongsi bagaimana solat tarawih diimarahkan oleh komuniti di sana.

Bagaimanapun, selepas selesai menjalani solat sunat itu dan berjalan keluar, dia mendapati stokin tertinggal di masjid berkenaan.

image is not available

"Stokin aku tadi tertinggal dekat tempat ambil wuduk. Sekarang ini aku takda stokin. Rasa sejuk sangat," katanya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki datang ajak follow dia

image is not available

Ketika berjalan dengan selipar pada malam hari, datang seorang jemaah Uyghur bertanyakan keadaannya.

Memandangkan lelaki berkenaan tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris, dia mengajak pemuda itu untuk mengikutinya sahaja.

image is not available

Moreh Dapat Kasut

Alangkah terkejutnya dia apabila lelaki berkenaan sebenarnya membawanya ke sebuah kedai kasut dan membelikan sepasang kasut.

image is not available

Kebaikan hati lelaki tempatan itu membuatkan dirinya terharu. Malah dia mendoakan lelaki berkenaan dimurahkan rezeki.

"Weh aku dibelanja oleh orang Uyghur kasut lepas habis solat tarawih dekat Urumqi.

"Cantiknya, aduh aku nak nangis, semoga murah rezeki dia aku doakan.

"Aku doakan rezeki keluarga dia.. rezeki keturunan dia," doanya.

Sementara itu, perkongsian berkenaan mendapat pelbagai respon positif oleh warga maya.

"Pengalaman yang sangat berharga ni," komen seorang pengguna.

"Ya Allah bertuahnya saudara.. bila ada orang yang tak dikenali bantu sebab solat di masjid, Allah temukan dengan insan Uyghur ini..sebak sangat," komen pengguna lain.

"Alhamdulilah dapat jumpa masjid ni. Nama masjid ni 白大寺,(big white mosque). Ini antara masjid yang open untuk orang luar. Ada satu dalam grand bazaar di 2nd floor," kongsi seorang lagi.