“Teruk Sangat Dia Ni, Turunkan Dia!” – Ramai Gesa Fadhlina Sidek Letak Jawatan

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 10:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan dianggap tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan dengan baik, warganet kebanyakannya kini menggesa agar Fadhlina Sidek meletak jawatan.

Isu ini mula timbul selepas Fadhlina didakwa lambat mengambil tindakan atas kes kematian melibatkan pelajar sekolah menengah agama di Sabah iaitu Allahyarham Zara Qairina, 13.

Dalam pada masa yang sama, ramai masih menuduh menteri tersebut seakan-akan melindungi sesuatu mengenai kes kematian Zara ini biarpun beliau sudah menidakkan dakwaan tersebut.

image is not available

image is not available

Sekadar info, kes kematian Zara Qairina sebelum ini didakwa terlibatnya anak-anak ahli politik serta VVIP, di mana disebabkan itu pelaku hingga ke hari ini masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa.

Namun begitu, peguam yang mewakili ahli keluarga arwah menafikan dakwaan tersebut susulan tiada bukti serta fakta mengenai perkara tersebut.

image is not available 2025-08-11 08:45:46

“Tidak Ada Bukti Terlibatnya Ahli Politik & VVIP Dalam Kes Zara” - Peguam