“Teruk sangat ni!” – [VIDEO] Netizen Mengadu Jalan Raya Berlubang Menghala MEX, Harap DBKL Ambil Tindakan

Entertainment
30 Dec 2022 • 2:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu jalan kini kian hari seperti tiada penghujungnya, ada saja jalan yang berlubang, mendap dan tidak rata hingga boleh mengundang kemalangan. Boleh dikatakan, hampir setiap hari isu ini timbul.

Kejadian baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @i.m.ithahashim mengadu keadaan jalan raya berlubang berdekatan Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur menghala lebuhraya MEX sehingga menyebabkan tayar kereta yang dipandunya pecah.

Difahamkan, individu tersebut terlanggar lubang besar di jalan tersebut selepas turun dari flyover di situ pada waktu malam.

“Yang guna jalan ni nak ke MEX, hati-hati terutama yang turun dari flyover baru tu. Memang turun auto langgar lubang tu.”

“Ni kereta kena tayar pecah, kalau motor memang terpelanting,” tulisnya.

 

@i.m.ithahashim

Tayar pecah malam2 dekat KL. Nasib bukan seorang diri. Please do something @dbkl_malaysia @jkrmalaysia . Teruk sangat dah ni jalan! Boleh membawa maut image is not available

♬ original sound – I.T.H.A – I.T.H.A

Dalam pada itu, individu tersebut mendesak agar pihak berkuasa dan pihak berkaitan iaitu DBKL dan JKR Malaysia segera menyelesaikan masalah jalan berlubang di situ.

Menjengah di ruangan komen, ramai mengatakan jalan raya di situ sangat teruk dan turut mengadu mengalami insiden yang sama.

image is not availableimage is not available

Video tular itu telah mendapat perhatian daripada Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi. Beliau memaklumkan telah memanjangkan aduan kepada DBKL untuk tindakan lanjut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.