“Terus Rasa Nak Muntah” – Wanita Terkejut Jumpa Plaster Pembalut Luka Dalam Donat

Food
11 Sep 2026 • 10:22 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Ameera berkongsi gambar donat yang dibelinya di sebuah gerai makan dipercayai terletak di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Apa yang membuatkannya terkejut apabila dia terjumpa plaster pembalut luka di dalam inti donut berkenaan. Dia menyedari pembalut luka itu selepas mendapati ada benang dan benda keras di dalam donat yang sedang dikunyah.

Perkara itu terus membuatkan wanita tersebut berasa mual dan mahu muntah.

“Serius? Dah sempat tergigit masuk mulut lepas tu nampak ada benang panjang. Sekali kunyah ada benda keras. Tarik keluar rupanya plaster luka? Terus rasa pahit nak termuntah,” katanya.

Menerusi foto dikongsi, kelihatan pembalut luka itu telah pun disaluti doh pada bahagian dalam donat terbabit.

‘Peniaga Jangan Selekeh, Plaster Terlepas Dari Jari Masuk Ke Donat Pun Tak Perasan’ – Pembeli

Dia percaya bahawa peniaga tidak menyedari pembalut itu terbuka semasa sedang menyediakan donat.

Ameera dalam masa sama turut menegur peniaga yang menjual makanan supaya lebih berhati-hati dalam mengendalikan makanan. Hal ini kerana ia berkait dengan kebersihan dan keselamatan pembeli.

Oleh disebabkan berasa jijik dengan pembalut yang masuk ke dalam mulut, wanita itu berkata dia tidak akan lagi membeli dari kedai berkenaan.

“Tolong la kepada sesiapa yang buat kuih ni jangan selekeh sangat sampai plaster boleh terlepas dari jari pun tak perasan. Minta maaf ya confirm tak akan beli lagi dekat kedai ni,” katanya.

View on Threads

Dalam satu lagi hantaran, dia menjelaskan donat itu dibeli oleh suaminya.

“Masa ni suami baru sampai kedai diorang siap hantar gambar kuih yang ada, tak sangka dalam donut tu tersimpan warisan,” katanya.

View on Threads

Wanita Harap Peniaga Lebih Teliti Dalam Mengendalikan Makanan

Menerusi ruangan balas, Ameera juga berkata bahawa dia akan pergi semula ke gerai terbabit dan memaklumkan tentang pengalaman buruknya terjumpa plaster pembalut luka dalam makanan yang dibeli.

“Harap-harap selepas ni, diorang lebih memerhatikan (makanan) dan jaga kebersihan supaya benda yang sama tak berulang dekat orang lain,” jelasnya.

Buat Aduan Jika Makanan Dibeli Tercemar Atau Rosak

Untuk info, anda boleh menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.

  • Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
  • Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.
  • Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa, Beli Pulut Panggang Tapi Keras Macam Kayu Api [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Hamil Terkejut, Dakwa Jumpa Najis Tikus Dalam Air Minuman Yang Dibeli [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Respon Peniaga Kedai Makan Lepas Pelanggan Mengadu Jumpa Ulat Dalam Sayur Bikin Ramai Geram [Video]

Lendir Dari Luka Mungkin Melekat Pada Pembalut – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa geli melihat pembalut luka yang dijumpai dalam donat.

“Kembang tekak weh. Mesti dia uli masa tengah pakai plaster tu,” kata seorang wanita.

“Plaster tu pulak ada lendir-lendir dari luka dia, Ya Allah,” tambah seorang lagi warganet.

Malah ada juga yang mempersoalkan peniaga yang memakai plaster pembalut luka yang tidak bersesuaian semasa mengendalikan makanan.

“Nampak sangat tak pergi kelasa pengendalian makanan. Mana boleh pakai plaster sama warna dengan kulit dan tak kalis air,” ujar seorang lelaki.

Pelanggan Pernah Jumpa Kuku Dalam Hidangan Nasi Kerabu

Sementara itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka terjumpa bendasing dalam makanan yang dibeli di kedai makan lain sebelum ini.

“Hari tu saya tengah makan Nasi Kerabu Lemak Bakar, beli dekat kawasan Ampang. Dah makan suapan terakhir, tiba-tiba tergigit kuku. Besar pulak tu, tak pasti ibu jari kaki atau tangan. Silap saya tak ambil gambar masa tu,” kata seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen netizen:

Image from: “Terus Rasa Nak Muntah” – Wanita Terkejut Jumpa Plaster Pembalut Luka Dalam Donat
Image from: “Terus Rasa Nak Muntah” – Wanita Terkejut Jumpa Plaster Pembalut Luka Dalam Donat
Image from: “Terus Rasa Nak Muntah” – Wanita Terkejut Jumpa Plaster Pembalut Luka Dalam Donat
Image from: “Terus Rasa Nak Muntah” – Wanita Terkejut Jumpa Plaster Pembalut Luka Dalam Donat
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut Jumpa Bendasing Seperti Gigi Manusia Dalam Bihun Goreng

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Jumpa Ulat Dalam Hidangan Ayam Penyet Di Restoran [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Terus Nak Muntah” – Kain Buruk Dalam Martabak Buat Netizen Geli [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved