“Terus Rasa Pahit Nak Termuntah” – Wanita Dakwa Jumpa Plaster Luka Dalam Kuih Dibeli Di Kota Masai

LocalFood
11 Sep 2026 • 11:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang wanita meluahkan rasa terkejut selepas mendakwa menemukan plaster luka di dalam kuih yang dibelinya dari sebuah gerai di Taman Kota Masai, Johor.

Menerusi perkongsian di Threads menggunakan profil @Ameerare, wanita berkenaan berkata dia sempat menggigit kuih tersebut sebelum menyedari terdapat benang panjang ketika makanan itu berada di dalam mulutnya.

Advertisement

Donut plaster

Menurutnya, dia turut terasa sesuatu yang keras ketika mengunyah sebelum menarik keluar objek berkenaan dan mendapati ia merupakan plaster luka.

“Dah sempat tergigit masuk mulut lepas tu nampak ada benang panjang. Sekali kunyah ada benda keras. Tarik keluar rupanya plaster luka. Terus rasa pahit nak termuntah,” katanya.

Wanita itu turut meluahkan rasa kesal terhadap tahap kebersihan ketika penyediaan makanan dan berharap pengusaha kuih terbabit lebih peka bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Tolonglah kepada sesiapa yang buat kuih ni jangan selekeh sangat sampai plaster boleh terlepas dari jari pun tak perasan.”

Menjawab pertanyaan pengguna lain, wanita berkenaan mengesahkan premis tersebut terletak di Taman Kota Masai, namun tidak mendedahkan nama kedai secara terbuka.

Dia juga berkata akan pergi ke kedai berkenaan untuk memaklumkan kepada pihak terbabit mengenai penemuan tersebut.

“Saya cuma akan beritahu yang saya jumpa dan termakan benda asing dalam kuih yang mereka jual.”

Katanya, dia berharap pihak terbabit selepas ini lebih menitikberatkan kebersihan supaya kejadian sama tidak berlaku kepada pelanggan lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Terus Rasa Pahit Nak Termuntah” – Wanita Dakwa Jumpa Plaster Luka Dalam Kuih Dibeli Di Kota Masai2026-09-11 10:50:13

Lelaki Malaysia Didakwa Kahwin Tukang Urut Thailand, Isteri Pertama Tak Tahu - "Macam Pond*n Je Skandal Tu"

The post “Terus Rasa Pahit Nak Termuntah” – Wanita Dakwa Jumpa Plaster Luka Dalam Kuih Dibeli Di Kota Masai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved