Tesla alami kerugian besar, sukar bersaing dengan EV China – PM

TechnologyCars
9 Aug 2024 • 2:08 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan Tesla kini sedang mengalami kerugian besar kerana sukar bersaing dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China.

Menurut Anwar, Tesla sendiri telah memaklumkan perkara ini kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), yang diketuai oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Mengulas lebih lanjut, operasi Tesla di Thailand adalah besar, manakala di Malaysia baru sahaja memulakan usaha dalam industri ini.

Keputusan Tesla untuk membatalkan pembinaan kilang di Thailand dan menumpukan pada pembangunan stesen pengecasan adalah kerana mereka tidak dapat bersaing dengan EV dari China.

Walaupun begitu, Malaysia tidak begitu terjejas dengan keputusan ini kerana Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.

Tengku Zafrul dalam kenyataannya kepada media berkata, MITI telah mengadakan perbincangan dengan Elon Musk untuk menarik pelaburan, tetapi bukan melibatkan pembukaan kilang.

Sumber: Malaysiakini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved