Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan

TechnologyCars
24 Dec 2024 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan. Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) Amerika Syarikat memaklumkan pemilik kenderaan mengenai masalah pada lampu amaran sistem pemantauan tekanan tayar, lapor Forbes.

image is not availableimage is not available

Model yang terjejas termasuk Cybertruck 2024, Model 3 keluaran tahun 2017 hingga 2025 dan Model Y keluaran 2020 hingga 2025. NHTSA menyatakan bahawa lampu amaran untuk sistem pemantauan tekanan tayar mungkin tidak berfungsi dengan baik. Sistem ini dikatakan tidak memberi maklumat yang tepat kepada pemandu sekiranya tayar kekurangan angin, sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.

Penyelesaian Melalui Kemaskini Jarak Jauh

image is not availableimage is not available

Tesla memaklumkan bahawa kenderaan yang terjejas akan menerima kemaskini perisian secara over-the-air (OTA) untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pemilik kenderaan yang terlibat dijangka akan mula menerima notifikasi pada 15 Februari 2025 berkenaan langkah yang perlu dilakukan untuk kemaskini itu nanti.

Tahun Yang ‘Sarat’ Dengan Panggilan Semula

Tahun ini menyaksikan Tesla menghadapi pelbagai isu panggilan semula. Antara panggilan semula dengan jumlah kenderaan tertinggi adalah pada Februari lalu yang membabitkan 2.2 juta kenderaan kerana masalah saiz tulisan pada panel instrumen yang terlalu kecil, menyukarkan pemandu melihat masalah pada kenderaan dengan jelas.

Panggilan semula dengan jumlah tertinggi yang seterusnya adalah pada bulan Julai yang membabitkan 1.8 juta kenderaan kerana masalah pada hud.

Isu lain yang memerlukan pemanggilan semula kenderaan Tesla sepanjang tahun 2024 adalah kerosakan amaran tali pinggang keledar, kegagalan kamera pandangan belakang, masalah pengelap cermin depan, serta isu pedal minyak tersangkut.