Tesla Cybertruck akan kunjungi Malaysia tak lama lagi

Cars
4 Apr 2024 • 12:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tesla Cybertruck akan berkunjung ke Malaysia tak lama lagi. Ia adalah sebahagian daripada kembara merentasi Asia model itu. Sebelum ini, ia telah tiba di China, Jepun, dan tak lama lagi, Thailand. Walau bagaimanapun, jangan berharap sangat ia akan dijual dalam pasaran kita kerana setakat ini semuanya masih lagi jenis left-hand drive.

image is not available

Apa yang menarik dengan Tesla Cybertruck

Selain daripada jenama Tesla itu sendiri yang sering dikaitkan dengan kenderaan tenaga baharu, Cybertruck juga ada ada ceritanya yang tersendiri. Trak pikap ini tampil dengan rekaan yang amat unik dan futuristik yang boleh dikenali melalui garis-garis geometri dan bersegi yang tiada pada kenderaan biasa lain.

image is not available

Walaupun ia sebuah trak, ia bukanlah calang-calang pikap. Sebanyak 3 varian ditawarkan di Amerika Syarikat bermula dengan versi RWD, AWD, dan yang akhir sekali trimotor AWD yang dikenali sebagai varian Cyberbeast. Varian paling rendah boleh memecut 0 kepada 100km/j dalam masa 6.7s, lebih pantas daripada GWM Ora 07, sebuah elektrik sedan. Cyberbeast pula lebih menakutkan kerana boleh capai kelajuan yang sama dalam masa 2.7s sahaja, lebih pantas daripada BYD Seal Performance.

image is not available

Sebagai sebuah trak pikap, tugasnya sebagai pengangkut barang tetap ada. Bergantung kepada varian, ia boleh menarik beban menghampiri 5 tan dan ruang kargonya sebesar 3,400 liter untuk isi banyak barang.

image is not available

Bahagian dalam masih kekalkan DNA sebuah Tesla. Ruangan pemandu yang minimalis dengan skrin besar di bahagian tengah untuk mengawal segenap pelosok trak ini. Tahukah anda yang Cubertruck adalah satu-satunya Tesla yang ada V2L?

image is not available

Ya, Cybertruck boleh output kuasa setinggi 11.5kW untuk perkasakan peralatan elektrik tambahan malah pada paras sebegitu, ia turut boleh megencas kereta Tesla yang lain.

Di pasaran A.S, Cybertruck dijual pada harga bermula USD60,990 (~RM299,000) hinggalah USD99,990 (~RM475,000).