

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard. Dijual pada harga bermula RM147,600, model ini tiba hanya beberapa bulan selepas membuat kemuculan sulungnya di peringkat global pada Oktober 2025.
Apakah Perbezaan Prestasi Antara Model 3 Standard Dan Premium RWD?
Walaupun dilabel sebagai "Standard", varian ini sebenarnya menawarkan jarak gerak yang lebih jauh berbanding versi Premium RWD:
Jarak Gerak (WLTP): Varian Standard mampu mencecah 534 km, lebih baik berbanding 520 km pada versi Premium RWD.Pecutan 0-100 km/j: Hanya berbeza 0.1 saat, di mana varian Standard mencatatkan masa 6.2 saat.Sistem Suspensi: Berbeza dengan versi Highland yang menggunakan penyerap hentak frequency dependent, varian Standard kembali menggunakan sistem suspensi pasif sepenuhnya (seperti model pra-Highland).Bagaimana Cara Mengenali Model 3 Standard Dari Luaran?
Jika dilihat sekali imbas, ia nampak serupa, namun ada beberapa perincian unik:


Bagi mencapai jualan harga di bawah RM150k, Tesla melakukan beberapa perubahan ketara pada ruang kabin:
Sistem Audio: Jumlah pembesar suara dikurangkan kepada 7 unit (berbanding 9 pada Premium RWD) dan tiada lagi fungsi radio FM.Kekemasan Dalaman: Tiada lampu ambien pada papan pemuka serta lampu poket pintu. Kemasan kulit dan microsuede digantikan dengan material fabrik.Pelarasan Kerusi & Stereng: Stereng kini dilaraskan secara manual. Selain itu, butang pelarasan pada kerusi dibuang, anda perlu menggunakan skrin sesentuh untuk melaras posisi duduk (namun fungsi memori profil pemandu masih dikekalkan).Keselesaan: Kerusi hadapan hanya mempunyai fungsi pemanas (tiada pengudaraan), manakala kerusi belakang kehilangan fungsi pemanas. Paling ketara, skrin sentuh penumpang belakang telah dibuang dan corong AC belakang kini dikawal secara manual.Juga Menarik: Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000

Berita baiknya, Tesla tidak berkompromi dalam aspek teknologi utama. Pembeli masih mendapat:
Basic Autopilot sebagai standard.Sistem kamera penuh yang berfungsi sebagai dashcam.Pilihan untuk menambah Enhanced Autopilot (EAP) atau Full Self-Driving (FSD).Cermin sisi masih boleh boleh dikawal secara automatik, namun kehilangan fungsi malap automatik (auto-dimming).

