Tesla rasmi masuki Malaysia pada 20 Julai 2023, berapa harga barisan EV mereka?

Cars
3 Jul 2023 • 2:49 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Hari yang ditunggu bakal tiba. Tesla Malaysia telah mula menghantar jemputan untuk menghadiri hari bersejarah mereka. 20 Julai 2023 bakal menjadi tarikh rasmi kemasukkan Tesla ke dalam pasaran Malaysia. Sewaktu hari kejadian nanti, Tesla akan berkongsi “Pelan Perdana” mereka berkaitan jenama itu di Malaysia termasukklah perkembangan terbaharu dan yang akan datang untuk pengguna di sini. Tentunya menarik sekiranya mereka mengumumkan sekali harga jualan barisan EV mereka.

image is not available

Sekiranya anda mengikuti rapat laporan kami tentang Tesla, kita sedia maklum yang pertenghahan Jun 2023 lalu Tesla telah mengadakan Hari Temuduga Terbuka di Cyberjaya untuk memenuhi beberapa penjawatan dalam jualan, penghantaran, penasihat perkhidmatan serta khidmat sokongan pelanggan.

image is not available

Lebih awal daripada itu, mereka sebenarnya telah menyenaraiakan kekosongan penjawatan sejak April 2023 lalu di laman rasmi mereka.

image is not available

Ia beberapa bulan selepas kerajaan Malaysia mengumumkan yang Tesla bakal mewujudkan ibu pejabat, pusat khidmat pelanggan, dan rangkaian Supercharger. Lebih manis, Tesla juga adalah pemohon pertama yang menyertai inisiatif BEV Global Leader yang diperkenal kerajaan untuk memacu pertumbuhan landskap Kenderaan Elektrik Berbateri (BEV) di Malaysia.

image is not available

Sekitar Februari 2023, sebuah syarikat dikesan telah menukar namanya daripada Tesla Services Sdn Bhd, kepada Tesla Sdn Bhd. Syarikat ini dulunya hanya menyediakan khidmat perakaunan, kewangan dan sokongan IT sahaja. Menariknya, dalam sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa teras perniagaan untuk Tesla Sdn Bhd adalah:

  • Pemborong dan peruncit kenderaan bermotor baharu
  • Aktiviti perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan darat N.E.C
  • Penyelenggaraan dan Pembaikan kenderaan bermotor