‘Tetamu’ istimewa naik belakang rumah

LocalEnvironment
16 Sep 2026 • 1:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tetamu’ istimewa naik belakang rumah

PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka kawasan berpasir di belakang rumahnya menerima ‘tetamu’ istimewa apabila seekor penyu naik dari laut pada waktu malam.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita menggunakan nama akaun @nvdivsharheera memuat naik beberapa gambar memaparkan penyu berkenaan berada hanya beberapa meter dari kediamannya.

“Tetamu istimewa kita. Naik belakang rumah je. Jumpa lagi nanti,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian pengguna media sosial apabila meraih lebih 183,000 tontonan dan 10,400 tanda suka ketika tangkap layar dibuat.

Menjawab pertanyaan pengguna, wanita itu berkata, penyu berkenaan dipercayai naik ke kawasan tersebut kira-kira pukul 8 malam sebelum dilihat menggali pasir dalam tempoh yang agak lama.

“Tak ada telur pun. Masa ini dia nak gali lubang itu pun ambil masa tiga jam. Saya malas nak tunggu.

“Masa ini dia naik pukul 8 lebih. Saya tunggu sampai pukul 10 malam sahaja. Lama sangat saya malas nak tunggu. Tak tahu dia bertelur atau tidak,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna turut menyarankan kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil untuk melindungi penyu berkenaan.

Difahamkan, kediaman wanita itu terletak sangat hampir dengan laut, malah dia mendakwa terdapat rumah di kawasan berkenaan yang sudah tenggelam akibat perubahan garis pantai.

Setakat ini, lokasi sebenar kejadian serta spesies penyu berkenaan tidak dapat dipastikan berdasarkan perkongsian tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tetamu’ istimewa naik belakang rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved