Tetikus Gaming Razer Cobra HyperSpeed Baharu Kini Lebih Ringan

TechnologyDigital
24 Jul 2025 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer Cobra HyperSpeed merupakan tambahan terkini dalam siri tetikus permainan Razer. Ia direka dengan berat hanya 62 gram namun masih mengekalkan ketahanan fizikal yang baik. Ia dilengkapi dengan sensor Razer Focus X 26K dan suis optikal generasi ke-4 yang direka untuk bertahan sehingga 100 juta klik.

image is not available

Bahagian roda turut dinaik taraf dengan rekaan yang lebih tahan lasak berbanding versi sebelumnya. Dari segi sambungan, ia menyokong sambungan nirwayar melalui Razer HyperSpeed Wireless (1,000Hz) dan Bluetooth. Hayat bateri pula dianggarkan sehingga 110 jam melalui HyperSpeed dan mencapai 170 jam apabila digunakan melalui Bluetooth.

image is not available

Razer Cobra HyperSpeed turut menampilkan pencahayaan RGB di bahagian bawah dengan tiga zon yang boleh disesuaikan, di samping hadir dengan tujuh butang yang boleh diprogramkan. Tetikus ini turut menyokong HyperPolling Wireless Dongle dengan kadar respons sehingga 8,000Hz. Buat mereka yang mementingkan kemudahan pengecasan, tetikus ini sesuai digunakan bersama Mouse Dock Pro, Wireless Charging Puck dan Razer Hyperflux V2 bagi sokongan pengecasan nirwayar.

image is not available

Di laman Razer Asia, Razer Cobra HyperSpeed disenaraikan dengan harga bermula RM489.