Huawei MatePad 11.5 Dilancarkan Secara Global – Skrin 2.5K Dan Bateri 10,100mAh

TechnologyDigital
11 Jul 2025 • 12:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei MatePad 11.5 turut dilancarkan secara global hari ini. Tablet direka untuk memenuhi pelbagai keperluan harian termasuk tugasan kerja, sesi pembelajaran serta hiburan.

image is not available

Dari segi reka bentuk, tablet ini menawarkan binaan tubuh dengan ketebalan 6.1mm dan berat 515 gram. Ia turut ditawarkan dalam dua pilihan warna seperti Purple dan Space Grey.

image is not available

image is not available

Tablet ini menggunakan paparan 11.5 inci LCD dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ia dilengkapi dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB bersama HarmonyOS 4.3 yang menawarkan antaramuka moden untuk beberapa ciri terkini seperti Huawei Notes, Magic Memo, AI Handwriting dan lain-lain.

image is not available

image is not available

Baterinya sebesar 10,100mAh yang menyokong pengecasan 22.5W. Dari segi kamera, tablet ini dilengkapi kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP untuk kegunaan panggilan video atau rakaman imej. Sistem audio terdiri daripada empat pembesar suara dengan sistem Huawei Histen.

image is not available