Honor MagicPad 3 Rasmi Dengan Paparan 3.2K 165Hz Dan Cip Snapdragon 8 Gen 3

TechnologyDigital
4 Jul 2025 • 6:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor telah memperkenalkan tablet baharu mereka MagicPad 3 di China. Ia merupakan tablet mercu yang direka bagi tujuan produktiviti dan kreativiti. Dengan ketebalan hanya 5.79mm dan berat 595 gram, ia kini menjadi tablet LCD berskrin besar yang nipis dalam kelasnya.

image is not available

Peranti ini menampilkan paparan LCD 13.3-inci beresolusi 3.2K dengan kadar segar semula 165Hz dan kecerahan puncak 1000nits. Ia turut menyokong teknologi Oasis Eye Protection untuk mengurangkan keletihan mata.

Dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Gen 3, tablet ini hadir dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB. Ia menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0 berasaskan Android 15, lengkap dengan ciri AI seperti penjanaan slaid pintar, transkripsi suara ke teks, dan ringkasan automatik.

image is not available

Untuk fotografi, MagicPad 3 dilengkapi kamera utama 13MP + 2MP serta kamera swafoto 9MP. Bateri 12,450mAh yang digunakan menyokong pengecasan pantas dan mampu bertahan 18 jam pengunaan. Ia juga menyokong sambungan Wi-Fi 7, bluetooth 5.4 dan dilengkapi lapan pembesar suara.

MagicPad 3 ditawarkan bermula dari RMB2,999 (~RM1,765), dan hadir dalam tiga warna iaitu Moonlight White, Glimmer Gold, dan Starry Grey.