Tga maut, dua parah kenderaan bertembung

28 Jul 2026 • 2:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tga maut, dua parah kenderaan bertembung

SHAH ALAM, 28 JULAI: Tiga individu maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Maran-Temerloh, berhampiran Kampung Paya Pasir, Maran awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.02 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 5.40 pagi.

“Kemalangan membabitkan kereta yang dinaiki dua wanita dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki tiga lelaki. Kereta itu dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Maran, manakala MPV dari arah bertentangan.

"Kedua-dua kenderaan dipercayai bertembung, menyebabkan pemandu dan penumpang kereta serta seorang penumpang MPV maut di tempat kejadian.

"Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan seorang lagi penumpang MPV cedera," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Salahuddin berkata seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati tiga mangsa tersepit di dalam kedua-dua kenderaan terbabit.

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas menyelamat sebelum semua mangsa berjaya dibawa keluar," katanya.

Beliau berkata, identiti semua mangsa yang maut masih belum dikenal pasti.

"Semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, untuk proses bedah siasat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved