
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kebanyakan umat Islam di seluruh dunia pasti mempunyai keinginan untuk menunaikan rukan Islam kelima iaitu ibadah haji.
Jika di Malaysia, terdapat Lembaga Tabung Haji (TH) yang menyediakan perkhidmatan Tabungan kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah haji dan tujuan bermanfaat lain seperti pendidikan.
Agensi tersebut sangat membantu dalam merealisasikan impian umat Islam di negara ini untuk menunaikan haji terutamanya bagi golongan-golongan B40.
50% pendeposit tolak tawaran haji tahun 2025
Bagaimanapun, kini timbul kebimbangan mengenai cabaran ekonomi yang dihadapi umat Islam di Malaysia dalam usaha menyempurnakan rukun Islam kelima itu.
Hal ini kerana lebih 15,000 (50%) daripada 31,600 pendeposit yang menerima tawaran haji tahun 2025 terpaksa menolak atau menunda giliran akibat masalah kewangan meskipun bantuan kewangan haji disediakan.
Menurut TH, perkara ini berkait rapat dengan tahap simpanan yang rendah dalam kalangan pendepositnya.
Tahap simpanan rendah beri kesan kepada penerima tawaran haji, terpaksa tolak atau tangguh
Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, kadar simpanan yang rendah ini memberi kesan langsung apabila kira-kira separuh daripada pendeposit yang menerima tawaran haji setiap tahun terpaksa menolak atau menangguhkan giliran mereka.
“Lebih membimbangkan, data turut menunjukkan bahawa 53% daripada pendeposit tidak memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM1,300, iaitu jumlah minimum yang diperlukan untuk daftar haji,” katanya dipetik Harian Metro.
Jelasnya, TH kini kurang dilihat sebagai sebuah institusi tabungan yang mampu menarik simpanan secara konsisten terutamanya apabila perlu bersaing dengan produk simpanan atau pelaburan lain.
Jumlah pengeluaran melebihi jumlah deposit baharu dalam tempoh tiga tahun terakhir ini
Difahamkan, pendeposit TH telah membuat pengeluaran bersih sebanyak RM2 bilion dalam tempoh tiga tahun terakhir. Ini bermakna jumlah pengeluaran melebihi jumlah deposit baharu.
Perkara ini menunjukkan bahawa tiada pertumbuhan simpanan organik atau ‘wang segar’ yang masuk ke dalam TH.
Dana yang ada sekarang ini hanyalah pusingan daripada keuntungan pelaburan yang didepositkan semula, bukan simpanan baharu daripada pendeposit.
Ramai cenderung simpan duit di tempat lain, TH perlu laksana inisiatif peremajaan jenama
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mustakim Mohamad berkata, kebanyakan pendeposit yang berkemampuan pula cenderung untuk menyimpan di institusi kewangan lain.
Katanya, golongan terbabit hanya akan memindahkan bayaran penuh haji ke akaun TH mereka apabila rayuan diterima untuk mengisi kekosongan akibat penolak tawaran haji oleh pendeposit yang tidak mampu.
“Berdasarkan data dan trend yang membimbangkan ini, TH mengambil langkah proaktif melaksanakan inisiatif peremajaan jenama bagi memastikan TH kekal relevan khususnya dalam usaha menarik lebih ramai umat Islam menabung secara konsisten bagi menunaikan haji.
“Ia juga bertujuan meningkatkan tahap simpanan individu, memperkukuh budaya kerjaserta menyediakan perkhidmatan digital moden yang menepati keperluan generasi muda,” katanya.
Tegas Mustakim, inisiatif peremajaan jenama itu adalah langkah penting untuk memperkukuh peranan TH sebagai institusi tabungan Islam yang relevan dengan keperluan semasa, seterusnya memastikan umat Islam di Malaysia dapat menunaikan haji dengan lebih terancang serta terjamin.
Baca Artikel Berkaitan: Bayaran Haji Bagi Golongan B40 & M40 Naik 20% Tahun Depan
Baca Artikel Berkaitan: “Pakcik Sanggup Hilang Harta Dunia” – Peniaga Martabak Jual Rumah Demi Tunai Haji
Source:

![Fun Habis! Grab Lancar Lagu ‘Keranamu Malaysia’, Khas Untuk Orang Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)

![Ini Kompilasi Filem Pendek & Video Sempena Hari Kebangsaan 2025 Yang Wajib Korang Tonton [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)

![“Nak Pergi Mana Sebenarnya?” – Pemandu Selamba Buat U-Turn Hingga Sebabkan Kemalangan Undang Kecaman [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)