TH perkukuh keselamatan sistem, perlindungan maklumat pendeposit

Business & Finance
16 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: TH perkukuh keselamatan sistem, perlindungan maklumat pendeposit
TH memohon pendeposit supaya merahsiakan maklumat akaun dengan tidak berkongsi kerahsiaan berkaitan keselamatan akaun kepada sesiapa.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan sistem operasinya kekal selamat dengan keselamatan akaun, simpanan dan data peribadi pendeposit sentiasa menjadi keutamaan institusi berkenaan.

TH dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan sebagai langkah perlindungan tambahan, TH memohon kerjasama pendeposit supaya merahsiakan maklumat akaun dengan tidak berkongsi kata laluan, nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) atau Kata Laluan Sekali Sahaja (OTP) atau kod pengesahan dengan sesiapa. 

"TH tidak akan sesekali meminta maklumat ini melalui panggilan, SMS atau e-mel," menurut kenyataan itu.

Selain itu, pendeposit diingatkan berhati-hati dengan panggilan, mesej SMS, e-mel atau pautan yang mencurigakan khususnya melibatkan maklumat peribadi dan akaun, walaupun ia didakwa daripada TH atau pihak TH.

"Pendeposit yang mempunyai sebarang keraguan diminta menghubungi Pusat Perhubungan TH di talian 03-6207 1919 atau mengunjungi cawangan TH berhampiran,” menurut kenyataan itu. 

TH juga menasihati pendeposit untuk hanya mengakses akaun masing-masing menggunakan saluran rasmi seperti portal web atau aplikasi mudah alih rasmi TH (THiJARI).

"TH akan terus memperketatkan kawalan keselamatan dan memantau sistem bagi memastikan perlindungan simpanan serta maklumat pendeposit sentiasa diutamakan. Terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan kepercayaan anda kepada TH,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved