TH Umum Agihan Keuntungan 3.50 Peratus, Tertinggi Dalam Lapan Tahun

LocalBusiness & Finance
18 Mar 2026 • 1:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

TH Umum Agihan Keuntungan 3.50 Peratus, Tertinggi Dalam Lapan Tahun

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025, kadar tertinggi sejak 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata keseluruhan agihan keuntungan berjumlah RM3.22 bilion, yang memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit TH.

“Kadar tersebut dicapai setelah mengambil kira pelunasan zakat pada kadar 2.577 peratus (RM95.3 juta)," katanya pada sidang media pengumuman kadar agihan keuntungan TH itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad, Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Jabatan Kewangan TH Shamsul Bahar Shamsudin.

Beliau berkata prestasi terbaik TH dalam tempoh lapan tahun itu disokong tadbir urus yang diperkukuh, pengurusan kos berdisiplin dan strategi pelaburan yang mantap serta berdaya tahan.