
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan pelancong dari luar negara.
Bila sebut tentang pelancong luar negara, pernah tak anda perasan sikap segelintir kumpulan ini yang dilihat mengambil kesempatan di atas kebaikan rakyat Malaysia?
Ada di antara mereka yang sanggup meminta sedekah untuk menampung kos percutian malah ada juga dengan selambanya menahan kereta dan meminta orang lain membawa mereka menuju ke destinasi.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Tindakan Pelancong Mengemis, Minta Tanggung Makanan & Tiket Flight Di R&R
Kadangkala, ada yang berbudi bahasa dan menghargai bantuan yang diberikan namun ada yang dilihat mengambil kesempatan malah siap menujukkan lagak pula!
Pemuda Kongsi Pengalaman Tumpangkan Minah Salleh, Buat Muka Sedih Nak Tumpang Pergi KL
Itulah yang dialami oleh seorang pemuda bersama rakannya ketika menumpangkan seorang pelancong luar dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran yang dikongsikan olehnya, pemuda yang dikenali sebagai Afifi bersama rakannya, Safuan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Ketika mereka berhenti di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang, mereka didatangi seorang pelancong wanita warga asing dengan muka sedih siap memegang kotak tertulis ‘To Kuala Lumpur’ meminta bantuan untuk menumpang.
“Kami discuss kejap, Wan (Safuan) kata takpelah tumpangkan jelah. Nanti nama Malaysia jugak bagus kita layan pelancong baik-baik. So dia pun masuklah duduk belakang.
“Tapi sebenarnya di sinilah bermulanya perjalanan yang disaster!” tulisnya.
Bau Badan Macam Orang Tak Mandi Seminggu, Siap Demand Macam-Macam
Kongsi Afifi, perkara pertama yang dia menganggunya adalah bau badan wanita berkenaan seolah-olah seperti tidak mandi seminggu.
Namun, apa yang lebih menjengkelkan adalah sikap pelancong wanita tersebut sewaktu dalam perjalanan.
Manakan tidak, dia mengkritik Malaysia sebuah negara yang panas walaupun Afifi telah membuka pendingin hawa untuknya.
Tidak hanya itu, dia siap meminta Afifi memperlahankan muzik dan membuat telefon bimbit dalam mode silent kerana mahu tidur.
“Dia tambah lagi, dia suruh slowkan music dia nak tidur, eh ni kereta sape? Kalau dia cakap elok-elok okay, ni dengan nada tinggi. Aku dah geram gila masa ni. Takpelah aku slowkan sikit.
“Dia dah tidur so agak lama juga aman damai perjalanan tu, sampai la tiba-tiba mulut dia berbunyi lagi cakap notification telefon aku annoying ganggu dia nak tidur.
“Dia suruh set silent. Sebenarnya tu notification Shopee, bukan mesej ke apa,” kongsinya.
Pelancong Wanita Perlekeh & Pandang Rendah Kepada Pemuda
Malah sebelum itu, Afifi cuba beramah mesra dengan wanita berkenaan dengan berbual santai.
Namun respon wanita itu seolah-olah memperlekehkan dirinya menyebabkan Afifi menghentikan perbualan dan memilih untuk mendengar muzik.
“Perjalanan bermula, macam biasala kita tanya nama dari mana, nak ke mana dan so on. Tapi gaya dia menjawab berlagak gila!
“Dia bagitahu dia dari negara sekian-sekian, lepas tu tanya kami tahu ke negara dia?
“Kami pernah ke luar negara ke? Eh, ingat orang ko je travel, kami tak reti travel? Aku dah pergi dekat 30 negara kot.
“Tapi malas la nak balas sebab gaya dia memperkecilkan kami. Kami travel roadtrip sewa kereta berminggu-minggu takda nak travel cheapskates menumpang macam ko ni ye,” tulisnya.
Cadang Nak Turunkan Dekat Tol, Tapi Wanita Awal-Awal Minta Turunkan Di Stesen Keretapi
Dek kerana geram dengan sikap pelancong wanita berkenaan, Afifi sememangnya sudah berniat untuk menurunkan wanita tersebut di plaza tol.
Namun, siapa sangka akhirnya Afifi yang terkena kembali apabila wanita itu meminta Afifi untuk terus menghantar ke stesen keretapi.
Atas nasihat rakannya, Afifi menurunkan wanita itu di Kuala Lumpur (KL) Sentral.
Namun, apa yang menyakitkan hati, tiada langsung ucapan terima kasih yang keluar dari mulut wanita itu.
“Sampai-sampai tu terus turun sepatah Thank You pun takda. Betul punya musibat orang Melaka kata hahahahaha. Sorry orang Melaka,” tulisnya.
Nasihat Agar Orang Lain Tidak Melakukan Perkara Serupa
Pada masa yang sama, Afifi turut meminta agar orang lain tidak melakukan perkara serupa dan menggunakan saluran yang betul untuk membantu golongan ini.
“Kesimpulannya, aku rasa janganlah dilayan budaya hitchhike ni kat Malaysia, nanti kita akan menjemput lebih ramai lagi pelancong cheapskate macam ni.
“Satu lagi kalau perasan kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) selalu ada orang asing mintak sedekah sebab dia nak teruskan perjalanan dia konon habis duit. Pergi kedutaan sana mintak tolong.
“Cukuplah sekali aku ada pengalaman dengan orang macam ni, korang tak payahla hadap benda sama.
“Memang la tak semua orang perangai macam dia tu. Tapi cuba jelah elakkan, entah siapa tahan kita pun kita tak tau, keselamatan kita lebih penting kan?” tulisnya.
Menyesal aku tumpangkan minah saleh hitchhike dari Peneng ke KL! Kisah ni berlaku beberapa tahun lepas, masa tu aku…
Posted by Afifi on Tuesday 27 May 2025
Pengguna Media Sosial Turut Sama Geram, Turut Kongsi Pengalaman Sama
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, ramai yang geram dengan sikap pelancong wanita luar negara itu sedangkan dia hanya sekadar menumpang.
Tidak hanya itu, ada yang turut berkongsi pengalaman berhadapan situasi yang sama.
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Kenapa Baik Sangat? Berhenti Tengah Highway, Biar Dia Jalan Kaki Sampai KL”

“Kalau Saya, Tinggal Tepi Jalan Terus”

“Dari Dulu Lagi Tak Layan Puak Ni Nak Tumpang, Fikir Logik Nak Melancong Tak De Duit Lepas Tu Menyusahkan Orang”

“Saya Yang Baca Ni Pun Geram, Kalau Saya, Awal-Awal Suruh Blah”

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Yang Travel, Kita Pula Kena Tanggung” – 2 Pelancong Rusia ‘Mengemis’ Di Sarawak Dikecam Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Langgar Warga Emas, Pelancong Asing Potong Barisan & Ketawa Buat Ramai Berang [Video]
Source:

![Kenapa Jemaah Haji Malaysia Tak Boleh Bawa Balik Air Zamzam Dari Mekah? Ini Sebabnya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Kedai Ni Untuk Orang Korea Je” – Staf Kedai Di Vietnam Didakwa Rasis Dengan Pelancong Malaysia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)
