The Real Green Flag, Riena Diana Puji Sikap Profesional Izzue Islam - “Tak Pernah Bersentuhan & Hanya Teknik Kamera”

18 Nov 2026 • 3:33 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

The Real Green Flag, Riena Diana Puji Sikap Profesional Izzue Islam - “Tak Pernah Bersentuhan & Hanya Teknik Kamera”

Pelakon, Riena Diana memuji sikap profesional rakan seperjuangannya, Izzue Islam dan menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang menghormati batas ketika bekerja di set penggambaran.Menurut Riena, dia sudah beberapa kali bergandingan dengan Izzue dan sepanjang bekerja bersama, pelakon itu tidak pernah menyentuhnya ketika melakonkan babak bersama.Sebaliknya, Izzue lebih selesa menggunakan teknik sudut kamera bagi memastikan babak yang dilakonkan kelihatan realistik tanpa perlu melibatkan sentuhan fizikal.“Dah beberapa kali shoot dengan Izzue, sememangnya tidak pernah sentuh Riena dan hanya main angle camera sahaja,” katanya.Riena berkongsi perkara itu sebagai respon kepada satu ruangan komen pengguna Threads yang memuji sikap Izzue.Malah dalam hantaran sama, Riena turut menyatakan Izzue merupakan antara pelakon lelaki yang membuatkan dirinya selesa untuk bekerja bersama.“Salah seorang hero yang Riena respek dan selesa untuk bekerja. Green flag in real life juga suami kakak saya @awinnurin,” coretnya.Terdahulu, Izzue dipuji ketika melakukan babak bersalaman dengan aktres, Dian P. Ramlee dalam drama terbaharu berjudul Suamiku Anak Mak.Rata-ratanya memuji lakonan Izzue yang tidak bersentuhan dengan pelakon wanita dan bijak menggunakan teknik kamera ketika melakonkan babak seperti itu.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved