Threads Kehilangan 25% Pengguna Aktif Seminggu Selepas Dilancarkan

TechnologyDigital
15 Jul 2023 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads dilancarkan dua minggu lalu sebagai pesaing kepada Twitter. Dalam masa lima hari ia mempunyai 100 juta akaun pengguna. Tetapi menurut data daripada Sensor Tower, jumlah pengguna harian telah berkurangan 20% sementara purata minit yang dihabiskan dalam aplikasi oleh setiap pengguna adalah 10 minit bersamaan pengurangan 50%.

image is not available

Besar kemungkinan jumlah pengguna yang meningkat minggu lalu adalah kerana ramai ingin melihat sendiri apakah yang mampu ditawarkan oleh Threads. Dengan platform masih belum mempunyai sokongan susur masa kronologi, GIF dan pelbagai ciri yang kini standard pada Twitter mungkin ramai tidak lagi menggunakannya.

Adam Moserri telahpun mengatakan susur masa kronologi, sokongan tagar dan multi akaun akan diberikan dalam masa terdekat. Ia perlu dilakukan segera sebelum pengguna sedia ada menjadi bosan keran Threads tidak menawarkan pengalaman seakan Twitter seperti yang dijanjikan.