Threads mengukuhkan statusnya sebagai platform alternatif untuk X dengan bulan ini ia mempunyai 400 juta pengguna aktif bulanan. Menurut Adam Mosseri angka ini dicapai beberapa minggu lalu dan adalah peningkatan daripada 350 juta pengguna aktif bulanan yang dilaporkan pada bulan April lalu.

Penghijrahan beramai-ramai pengguna dari X ke Threads membantu pertumbuhan platform milik Meta ini. Selepas dua tahun dilancarkan, Threads kini mempunyai 2/3 pengguna berbanding X yang mempunyai sekitar 611 juta pengguna aktif bulanan. Masalah kandungan melampau, pengguna memboikot Elon Musk dan algoritma Threads yang dilihat lebih naik memacu pertumbuhan Threads.
Sebagai pengguna tegar X, saya boleh katakan pengalaman penggunaan Threads kini memang semakin baik. Namun begitu ciri asas seperti ciri menyunting gambar sebelum dimuat naik dan susur masa yang masih mempunyai “perisa” Facebook membuatkan ia masih bukan alternatif sebenar kepada X. Ia masih lebih baik berbanding Bluesky dan Mastodon yang hampir tidak mempunyai pengguna tempatan sehingga terasa seperti bercakap dengan dinding.



