Threads Kini Mempunyai 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan

TechnologyDigital
16 Jun 2026 • 7:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads Kini Mempunyai 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Mark Zuckerberg hari ini berkongsi pencapaian terbaru platform sosial mereka, Threads. Melalui data terbaru, kini Threads mempunyai 500 juta pengguna aktif bulanan yang berkongsi dan mengakses platform tersebut. Ini sekaligus meletakkan Threads antara platform blog-mikro yang aktif digunakan oleh pengguna seluruh dunia berbanding beberapa alternatif lain.

Image from: Threads Kini Mempunyai 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Mark Zuckerberg mengatakan angka ini dapat dicapai platform tersebut dalam masa kurang 3 tahun sejak dilancarkan, sekaligus memperlihatkan perkembangan aktif platform berkenaan dari hari ke hari. Malah di Malaysia sendiri, pelbagai jenama telah mula aktif di Threads, dan sejumlah besar pengguna juga lebih selesa di sana berbanding di X.

Ketika pengenalan platform Threads sendiri, Mark Zuckerberg telah menyatakan harapan mengatakan Threads akan menjadi platform sosial dengan berbilion pengguna, dan seperti sasarannya, ia dilihat Threads berkembang dengan lebih pantas berbanding pesaing terdekat mereka, X.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved