Threads hari ini dikemaskini dengan beberapa ciri baharu yang dilihat berguna untuk jenama yang ingin mempromosikan produk mereka. Keberkesanan hantaran status Threads dapat dijejak menerusi ciri analitik baharu. Data seperti jumlah pembaca, usia, jantina dan lokasi boleh dilihat menerusi papan pemuka analiktik ini.

Seterusnya lebih daripada satu draf hantaran boleh disimpan oleh pengguna. Draf kemudian diperhalusi dalam pelbagai format bagi membolehkan mesej yang ingin disampaikan tiba tepat kepada pengguna dan mengelakkan kesipuan sekiranya berlaku sebarang kesilapan pada teks. Sehingga 100 draf boleh disimpan pada satu-satu masa untuk setiap akaun.

Seterusnya hantaran akhirnya boleh dijadualkan mengikut jadual tertentu. Dengan ini proses menguruskan akuan Threads rasmi dapat dipermudahkan kerana hantaran hanya dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan. Kesemua ciri di atas hanya boleh diakses menerusi web sahaja pada ketika ini.

