WhatsApp Sedang Membangunkan Ciri Menggunakan Avatar Sebagai Alternatif Gambar Profil

TechnologyDigital
9 Aug 2024 • 11:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkembangan aplikasi WhatsApp dapat dilihat melalui proses perancangan tambahan ciri dan fungsi yang pelbagai. Sekaligus menjadi satu medium yang mudah digunakan serta mesra pengguna untuk sesiapa sahaja. Sebagai tambahan dalam menyediakan yang terbaik, WhatsApp juga sedang membangunkan ciri baharu dipanggil sebagai Avatars – Chat Info.

image is not available

Secara asasnya, ia membolehkan anda menggunakan avatar sebagai alternatif gambar profil WhatsApp. Dalam erti kata lebih mudah, anda kelak boleh menggunakan mana-mana avatar yang dicipta sebagai gambar pada profil tanpa perlu menggantikan gambar yang sedia ada. Malahan kenalan hanya perlu meleret sahaja bagi membolehkan kedua-dua gambar dan avatar tadi dipaparkan dalam masa yang sama. WhatsApp turut mengesahkan bahawa ciri ini adalah mirip dengan apa yang sudah sedia ditawarkan pada Instagram sebelum ini.

Proses menetapkannya juga mudah dengan hanya menambah avatar pada ruangan disediakan. Namun belum dapat dipastikan sama ada ia turut boleh dinyahaktifkan semula selepas diaktifkan. Memandangkan ia juga masih diperingkat pembangunan maka sudah tentunya akan ditambahbaik lagi sebelum kemaskini rasmi diedarkan kepada umum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved