Threads Menambah Keupayaan Melakukan Carian – Namun Terhad Di Beberapa Negara Sahaja

TechnologyDigital
8 Sep 2023 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads merupakan sebuah aplikasi alternatif Twitter yang ditawarkan oleh Meta dan beroperasi dibawah Instagram. Sejak diperkenalkan, Threads telah menambah satu demi satu ciri baharu pada aplikasi mereka.

image is not available

image is not available

Terbaru, Threads telah menambah sokongan melakukan carian pada perkhidmatan mereka. Sebelum ini, pengguna hanya boleh melakukan carian nama pengguna sahaja – tetapi melalui kemaskini terbaru, pengguna boleh melakukan carian kata kunci dan melihat apakah perkongsian masa-nyata yang sedang dibincangkan di Threads.

Namun, buat masa ini, ciri ini ditawarkan di beberapa buah negara sahaja, dan memfokuskan bahasa Inggeris dan Sepanyol terlebih dahulu.

Untuk makluman, ciri carian merupakan salah satu perkara yang diminta ramai pada Threads. Disamping itu, ia tidak diketahui lagi bilakah Threads akan menambah sokongan mengkategorikan pelbagai perkongsian menggunakan tagar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved