Threads Mengembangkan Penggunaan Tagar Kepada Semua Pengguna

TechnologyDigital
8 Dec 2023 • 8:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lalu Threads mula memperkenalkan tagar bagi memudahkan pengguna mencari topik menarik yang dibincangkan oleh pengguna lain. Pada waktu tersebut ia hanya diberikan kepada pengguna di Australia. Hari ini Adam Mosseri mengumumkan ciri tagar kini diberikan kepada semua pengguna di negara berbahasa Inggeris dan Sepanyol.

image is not available

Implementasi tagar di Threads berbeza dengan di platform lain di mana apabila ikon “#” digunakan, Threads akan memberikan saranan tagar yang sedang hangat. Selepas ditaip, keseluruhan tagar akan dipaparkan dalam warna biru tanpa “#” di hadapannya. Tagar juga boleh mengandungi lebih daripada satu perkataan dan tidak bersambung seperti pada X misalnya. Satu lagi perbezaan paling besar ialah hanya satu tagar boleh digunakan pada satu hantaran pada satu-satu masa.