Threads Menguji Ciri Yang Memudahkan Pengguna Berkongsi Siaran Secara Teratur

Digital
18 Aug 2025 • 2:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads sedang menguji ciri baharu yang bertujuan untuk memudahkan pengguna berkongsi urutan siaran (threads) secara lebih teratur. Melalui kemas kini ini, setiap siaran akan disertakan dengan fungsi penomboran automatik yang menunjukkan jumlah keseluruhan siaran serta kedudukannya dalam urutan berkenaan.

image is not available

Dengan adanya ciri ini, pengguna tidak lagi perlu menaip secara manual seperti “1/3” atau “2/3” kerana sistem akan menambahnya secara automatik di hujung setiap siaran. Penomboran ini juga akan dikemas kini secara berkala sekiranya pengguna menambah atau membuang siaran dalam urutan yang sama sekali gus menjadikannya lebih mudah digunakan.

image is not available

Walaupun ciri ini masih belum tersedia untuk semua pengguna, Threads mengesahkan bahawa ia sedang dalam fasa ujian yang melibatkan kelompok pengguna terpilih. Ia mungkin penambahan kecil dari segi fungsi tetapi sebenarnya boleh bantu meningkatkan pengalaman pengguna. Ia termasuk memudahkan pembacaan dan pemahanan terhadap konteks sesuatu siaran yang dikongsi.