“Ciri Isteri Bodo: Bekerja Walaupun Suami Provide Everything” – DMA Islam

15 Aug 2025 • 5:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengguna media sosial kembali ‘panas hati’ dengan personaliti media, DMA Islam, selepas dia memuat naik kenyataan kontroversi di Threads.

Dalam hantaran tersebut, DMA menulis, “Ciri isteri bodo: bekerja walaupun suami dah provide everything.”

image is not available

Kenyataan itu segera mengundang kemarahan ramai netizen yang menganggap ia sebagai penghinaan terhadap wanita bekerja. Rata-rata berpendapat DMA sengaja mengeluarkan kenyataan sebegitu untuk mencetus provokasi.

“Ini memang nak cari publisiti murah,” kata seorang pengguna, manakala yang lain mendakwa ia taktik untuk menaikkan semula engagement di akaunnya yang kini semakin hambar.

image is not available

Isu ini turut mencetus perdebatan hangat tentang hak wanita bekerja walaupun mempunyai suami yang mampu menyara. Ramai netizen menegaskan bahawa bekerja bukan semata-mata soal kewangan, tetapi juga kebebasan, minat, dan keselamatan masa depan.

Sehingga kini, para netizen masih meneruskan perbincangan hangat di media sosial mengenai hal itu.

image is not available 2025-07-09 14:57:04

"Selagi Mana Ayah Kita Tak Mati, Kita Not A Real Man Bagi Saya.." - DMA Islam