THSS: Syok Sangat Buat Stunt, Lutut Aepul Roza 'Terkeluar'! - "Dari Minggu Pertama Sakit Belakang, Buku Lali Saya Pula ..."

16 Jul 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Juara The Hardest Singing Show (THSS), Aepul Roza mendedahkan pernah mengalami beberapa insiden kecederaan sewaktu melakukan persembahan di atas pentas THSS.

Lutut pernah terkeluar

Mengimbau kembali memorinya sepanjang melakukan persembahan di THSS, Aepul memaklumkan bahagian lutunya pernah ‘terkeluar’ sewaktu melakukan persembahan pada minggu ke-7.

“Sakit belakang masih belum hilang dari minggu pertama. Lutut pernah terkeluar dan masuk balik. Masa saya buat persembahan Mantera Semerah Padi, saya ada buat aksi bersilat dan saya seronok sangat jadi masa saya tendang tu lutut terkeluar,” kongsinya ketika ditemui di sidang media peringkat akhir The Hardest Singing Show.

Bukan itu sahaja, Aepul turut memaklumkan mengalami kesakitan selepas selesai melakukan persembahan dalam segmen Kolaberdua bersama Putera Muhammad.

“Sebenarnya buku lali saya tengah sakit sekarang ni. Aksi saya dengan Putra di pentas final tadi tu saya ambil risiko. Kami berdua je buat benda (flip) tu, tanpa ada bantuan stunt.

“Setiap kali flip tu, ada impak pada kaki saya. Lagi pun sebelum ni memang ada main bola dan pernah cedera,” katanya.

Untuk info, Aepul telah dinobatkan sebegai juara THSS dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 bersama pakej percutian pelayaran dan sebuah trofi.

Naib Juara disandang oleh Ayda Jebat, tempat ketiga Stacy yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Aisha Retno, tempat kelima Putera Muhammad dan Zizi Kirana berjaya menempatkan diri ke tempat terakhir.