“Tiada apa selain terima kekalahan” – Penyokong Thailand Akui Kehebatan Skuad Takraw Negara

25 Sep 2026 • 5:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

thailand takraw skuad negara

Penantian 36 tahun akhirnya terlerai apabila skuad sepak takraw lelaki negara berjaya menewaskan Thailand 2-0 pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sebentar tadi, sekali gus menghadiahkan pingat emas yang cukup bermakna buat Malaysia.

Kejayaan itu mengulangi pencapaian bersejarah pada Sukan Asia Beijing 1990 apabila Malaysia turut menewaskan Thailand di pentas final bagi merebut emas acara sama.

Kemenangan itu menjadi bualan hangat penyokong Thailand yang juga memuji kehebatan skuad negara menerusi akaun page popular komuniti sepak takraw negara itu, Sanamtakraw.

“Dari pemangsa kepada mangsa”

Dalam hantaran itu, mereka menulis luahan yang berbunyi, ‘Daripada pemangsa menjadi mangsa, tiada apa lagi selain menerima kekalahan dan bangkit semula’.

Rata-rata penyokong sukan berkenaan memberikan pandangan dan memberikan kata-kata penuh semangat kesukanan serta penghormatan kepada pasukan negara.

Salah seorang penyokong mengakui Malaysia tampil dengan permainan yang jauh lebih kemas serta memiliki keyakinan tinggi sepanjang perlawanan.

Artikel berkaitan: “Comeback yang epik!” – Malaysia Ke Final Regu Berpasukan, Selangkah Hampiri Sejarah 36 Tahun Sepak Takraw

Artikel berkaitan: Akhirnya Emas! Malaysia Tewaskan Tuan Rumah, Tamatkan Kemarau 34 Tahun Sepak Takraw

Pada masa sama, ada juga penyokong yang mempersoalkan penurunan prestasi skuad negaranya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun kecewa, majoriti penyokong tetap memberikan sokongan penuh kepada pemain negara mereka dan menganggap ‘kalah bermaruah’ lebih besar nilainya daripada sekadar memenangi pingat emas.

Seorang lagi penyokong turut menyifatkan kekalahan itu sebagai lumrah dalam dunia sukan dan percaya Thailand akan bangkit semula.

Screenshot 2026 09 25 174112 Screenshot 2026 09 25 174135 Screenshot 2026 09 25 174147 Screenshot 2026 09 25 174421

Pingat emas sepak takraw itu juga menjadi emas keempat yang diraih kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved