Tiada Apple M6 Pro dan M6 Ultra Tetapi M7 Ultra Dengan Memori 1.5TB Sedang Dibangunkan

TechnologyDigital
13 Jul 2026 • 10:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lagi berita menarik mengenai cip Apple M telah dilaporkan oleh Mark Gurman di Bloomberg pagi ini. Menurut beliau, Apple M6 tidak akan ditawarkan dalam versi M6 Pro dan M6 Ultra dengan prestasi yang lebih tinggi. Ini menurut beliau adalah kerana Apple sedang memberikan tumpuan kepada peningkatan NPU pada siri M7. Peningkatan ini adalah lebih diutamakan berbanding pembangunan M6 Pro dan M6 Ultra.

Image from: Tiada Apple M6 Pro dan M6 Ultra Tetapi M7 Ultra Dengan Memori 1.5TB Sedang Dibangunkan

Dalam laporan sama, Apple diramalkan melancarkan MacBook Pro M6 pada penghujung tahun ini. Kemudian Mac dengan cip M7 akan dilancarkan pula awal 2027 sementara M7 Pro dan M7 Max pula pada penghujung 2027. Mac dengan cip paling berkuasa M7 Ultra kemudiannya dilancarkan pada 2028 dengan pilihan memori sehingga 1.5TB. Kesemua ini masih di peringkat perancangan kerana krisis RAM menyebabkan bekalan memori adalah terhad.

Cip berkuasa dengan saiz memori besar diperlukan untuk menawarkan kemampuan pemproses kecerdasan buatan (AI) yang tinggi dalam masa terdekat. Selain ditawarkan kepada pelanggan, Apple akan menggunakan M7 Ultra pada pelayar AI mereka sendiri bagi menyokong pelbagai ciri Apple Intelligence di masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved