Tiada arahan letak jawatan! PM hanya ingatkan menteri jaga disiplin, profesionalisme – Fahmi

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 12:01 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini hanya mengeluarkan peringatan kepada anggota pentadbiran supaya mengekalkan semangat perpaduan serta berkempen secara berhemah sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, tiada sebarang arahan dikeluarkan Anwar selain mengingatkan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan agar terus memelihara disiplin dan profesionalisme ketika berkempen.

“Setakat ini belum ada apa-apa arahan daripada Perdana Menteri. Cuma peringatan agar semua yang berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan mengekalkan semangat perpaduan.
“Ia juga peringatan supaya kita memastikan aspek disiplin dan profesionalisme sentiasa dipelihara ketika berkempen,” katanya.

Image from: Tiada arahan letak jawatan! PM hanya ingatkan menteri jaga disiplin, profesionalisme – Fahmi

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Program Ziarah Kasih di Felda Palong 2 bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Jeram Padang, G Manivanan, pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bersedia melepaskan jawatan sebagai anggota Kabinet sekiranya diarahkan oleh Perdana Menteri.

Image from: Tiada arahan letak jawatan! PM hanya ingatkan menteri jaga disiplin, profesionalisme – Fahmi

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula dilaporkan berkata, sekiranya seseorang menteri tidak lagi diperlukan, tiada keperluan untuk menunggu sebelum melepaskan jawatan.

Artikel lain: Jangan salah guna kedudukan! Letak jawatan jika serang rakan Kerajaan Persekutuan dalam PRN – Anwar

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Anwar memahami proses demokrasi membenarkan perbezaan pandangan dan pendapat, termasuk apabila parti-parti bertanding secara berasingan dalam PRN.

Image from: Tiada arahan letak jawatan! PM hanya ingatkan menteri jaga disiplin, profesionalisme – Fahmi

Bagaimanapun, beliau menegaskan aspek saling menghormati dalam kalangan anggota Kerajaan Perpaduan perlu terus dipelihara bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh memberi kesan terhadap persepsi pelabur.

“Malah, jika kita lihat beberapa PRN sebelum ini, parti-parti juga bertanding secara berasingan.
“Tapi yang ditegaskan adalah jangan berlaku satu keadaan, mesti terus saling hormat menghormati antara penjawat bagi jawatan dalam kerajaan perpaduan itu penting.
“Kita tahu kita sebarang tindakan di pihak Kerajaan Persekutuan mempunyai implikasi persepsi terutama di kalangan para pelabur sama ada dalam negara mahupun luar negara.
“Jadi Perdana Menteri juga memandang aspek ini dalam kita mengurus perbezaan yang mungkin timbul sewaktu demokrasi berjalan,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Norafidah Assan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved