Tiada ‘budaya angguk’ dalam FAM

LocalFootball
9 Sep 2026 • 10:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada ‘budaya angguk’ dalam FAM

PETALING JAYA – Dakwaan wujudnya ‘budaya angguk’ dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disifatkan tidak menggambarkan realiti proses perbincangan dan pembuatan keputusan yang berlaku dalam badan induk bola sepak negara itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, setiap ahli gabungan FAM mempunyai ruang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan persoalan, termasuk menyatakan perbezaan pendapat dalam mesyuarat serta perbincangan yang diadakan.

Menurut bekas Naib Presiden FAM itu, keputusan yang dicapai selepas melalui proses perbincangan tidak seharusnya dilabel sebagai ‘budaya angguk’.

“Dalam mesyuarat dan perbincangan FAM, setiap ahli diberikan ruang untuk menyuarakan pandangan, mengemukakan cadangan, bertanya soalan dan menyatakan perbezaan pendapat.

“Tidak semua perkara diputuskan secara sebulat suara dan tidak semua pandangan semestinya sama. Persetujuan selepas melalui proses perbincangan bukanlah ‘budaya angguk’,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang juga calon Presiden FAM, Datuk Seri Shahril Mokhtar mahu membersihkan badan induk bola sepak negara itu daripada ‘budaya angguk’ sekiranya dilantik jadi Presiden penggal 2025-2029 nanti.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Kamarudin Hassan pula berkata, mana-mana pihak tidak wajar membuat dakwaan hanya berdasarkan persepsi sehingga mencemarkan nama baik organisasi. – KOSMO! ONLINE

The post Tiada ‘budaya angguk’ dalam FAM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved