Tiada duit tukar tayar pancit, warga emas terpaksa jual penutup subang isteri

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2024 • 1:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Warga emas terpaksa jual penutup subang

Seorang warga emas terpaksa jual penutup subang milik isterinya kerana tidak mempunyai wang untuk menggantikan tayar pancit telah meruntun hati warganet di media sosial.

Situasi tersebut diceritakan sendiri oleh pekerja di sebuah kedai emas di Kuantan, lelaki terbabit telah datang ke premisnya dengan membawa penutup subang isterinya untuk dijual.

Warga emas terpaksa jual penutup subang

Setelah melalui beberapa proses untuk membuktikan keaslian emas tersebut, pekerja kedai berkenaan mendapati penutup subang itu seberat 0.19 gram, ia dinilaikan dengan wang sebanyak RM57.

Bagaimanapun, pekerja kedai emas berkenaan menggenapkan ia kepada RM60 dan secara tidak langsung membuatkan lelaki itu gembira.

Warga emas terpaksa jual penutup subang

image is not available

image is not available

image is not available

“Alhamdulillah dik, nak tukar tayar motosikal pak cik sebab dah pecah,” kata lelaki itu ringkas.

Netizen turut kasihan, sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terhadap kesusahan yang menimpa warga emas terbabit yang terpaksa menjual barang peribadi untuk mendapatkan wang membaiki motosikal.

image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan pakcik tu

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen pernah melalui pengalaman yang sama dan ramai yang mendoakan agar urusan warga emas tersebut dipermudahkan serta dimewahkan rezeki selalu.

image is not availableimage is not available