Tiada etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar setakat ini

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 11:37 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar setakat ini

KUALA LUMPUR: Tiada pelarian Rohingya antara lebih 10,000 warga Myanmar yang telah dihantar pulang ke negara itu setakat ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, program penghantaran pulang berkenaan melibatkan warga Myanmar tanpa mengira etnik, termasuk dari Arakan, Karen dan Shan.

“Dalam rekod yang kita kesan setakat ini, belum ada rakyat Rohingya yang dibawa pulang tapi ini masih lagi dalam perbincangan.

“Saya percaya Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan saya, ketika bertemu dengan Presiden, Min Aung Hlaing dalam beberapa hari ini, akan juga bangkitkan isu ini supaya dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

“Bagi saya, mana-mana negara yang ingin bawa pulang rakyat mereka dari negara kita, itu kita alu-alukan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai), sama ada terdapat etnik Rohingya yang dihantar pulang dalam program penghantaran pulang secara sukarela bagi warga Myanmar.

The post Tiada etnik Rohingya dihantar pulang ke Myanmar setakat ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved