Tiada gambar 10 barisan Exco dalam portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 8:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada gambar 10 barisan Exco dalam portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Gambar 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak lagi dipaparkan di portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan susulan pembatalan pelantikan mereka yang telah diwartakan semalam.

Tinjauan di laman portal berkenaan mendapati, hanya gambar Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim kekal di ruangan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ismail memegang tiga portfolio iaitu Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan; Exco Kewangan, Tanah dan Sumber Asli serta Exco Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti, Komunikasi dan Felda.

Semalam Kosmo! melaporkan, menerusi warta berkenaan, pelantikan ahli-ahli Exco tersebut dibatalkan berkuat kuasa 20 September lalu oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kesemua 10 ahli Exco tersebut terdiri daripada wakil UMNO, iaitu Datuk Mustapha Nagoor (Palong); Datuk Faizal Ramli (Linggi); Datuk Zaiful Bahri Idris (Chembong); Datuk Razi Ali (Sungai Lui); Datuk Mohd Asna Amin (Lenggeng); Siti Nur Umaira Hasim (Labu); dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Tiga lagi terdiri daripada wakil MCA Siow Kong Choon (Chennah); Fairuz Isa daripada PAS (Serting); serta Datuk Razali Abu Samah (Sikamat) daripada Wawasan.

Warta itu juga memaklumkan berdasarkan Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Exco selain daripada Menteri Besar memegang jawatannya selama diperkenan oleh Tuanku Muhriz.-KOSMO! ONLINE

The post Tiada gambar 10 barisan Exco dalam portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved