NGO Melayu, Islam ikrar taat setia terhadap Tuanku Muhriz

25 Sep 2026 • 5:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: NGO Melayu, Islam ikrar taat setia terhadap Tuanku Muhriz

JEMPOL – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menunaikan solat Jumaat bersama lebih 300 jemaah di Masjid Jamek Bahau di sini hari ini.

Lebih bermakna, keberangkatan baginda turut menyaksikan lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam melafazkan ikrar taat setia serta menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Tuanku Muhriz.

Baginda yang diiringi anakanda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin turut berkenan menyaksikan bacaan ikrar oleh Pengerusi Sekretariat Gabungan Melayu Islam Se-Malaysia, Che Rus Husin.

Che Rus berkata, kehadiran gabungan NGO berkenaan adalah bagi menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Tuanku Muhriz selain berharap agar kemelut adat di negeri ini dapat diselesaikan.

Sementara itu, solat Jumaat di Masjid Jamek Bahau diimamkan Imam 1, Suhaimi Mohamad, manakala jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Beruntunglah Orang yang Menyucikan Jiwanya’.

Selesai menunaikan solat, Tuanku Muhriz berkenan beramah mesra dengan jemaah yang hadir sebelum menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak dan remaja.-KOSMO! ONLINE

The post NGO Melayu, Islam ikrar taat setia terhadap Tuanku Muhriz appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved