“Tiada istilah cop tempat” – PU Amin Tegur Individu Larang Orang Luar Duduk Saf Pertama Dalam Masjid

Entertainment
25 Mar 2024 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang mengetahui solat secara berjemaah lebih banyak ganjarannya berbanding solat bersendirian.

Tambahan pula, solat berjemaah lebih afdal dilakukan di masjid. Ketika solat berjemaah, kita mesti melihat ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan saf hadapan iaitu di belakang imam.

Namun, seorang pengguna Facebook baru-baru ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila dia melarang jemaah dari luar kariah untuk solat di saf pertama.

Menurut individu terbabit, jemaah luar perlu menghormati budaya dan adat masjid yang dikunjungi dan tidak berbuat sesuka hati.

image is not available

Katanya, saf pertama dalam masjid sudah dikhaskan kepada orang-orang penting dan juga kariah masjid berkenaan.

“Mungkin saf pertama tu, walaupun you nampak ada spot kosong, tetapi sebenarnya dah ada tuannya.

“Spot tu dah dikhaskan untuk penceramah, pengerusi masjid, tetamu atau jemputan khas. So you don’t simply go and nicely sit there! Malu je nanti kena halau secara halus.

“Spot yang nampak kosong tu, sebenarnya dah ada penghuninya. Penghuni tu memang orang kariah situ, orang taman tu, orang kampung tu. Dia tu memang dah duduk spot tu tiap waktu solat fardhu, solat Jumaat, solat Raya, segala solat. Cumanya waktu itu dia pergi toilet ke, pergi minum ke…,” katanya.

Dalam hantaran itu, dia turut menggesa agar jemaah dari luar kariah agar duduk di saf kedua atau saf-saf lain.

Tiada istilah cop tempat

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang meninggalkan komen dalam hantaran itu tidak bersetuju dengan kenyataannya.

image is not available image is not available

Hantaran itu juga mendapat teguran daripada pendakwah selebriti, PU Amin yang mengatakan tiada istilah ‘cop tempat’ dalam masjid.

“Tiada istilah ‘Cop Tempat’ dalam saf masjid, saya juga selalu diletakkan di port VIP masjid surau,tapi kalau port kita orang dah ambil,saya akan cari port lain. Simple!

“Masjid ni rumah Allah, bukan hak kita. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa,” tegurnya.

image is not available

Dalam masjid pun ada kasta ke?

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.