Tiada kawasan di seluruh negara catat IPU berbahaya setakat 9 pagi

LocalEnvironment
9 Sep 2026 • 1:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Tiada kawasan di seluruh negara catat IPU berbahaya setakat 9 pagi

Tiada kawasan catat IPU berbahaya setakat 9 pagi ini, namun Serian, Sarawak rekod bacaan 214 (sangat tidak sihat) susulan jerebu melanda negara.

KUALA LUMPUR: Tiada kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya susulan jerebu setakat 9 pagi ini.

Bagaimanapun, berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) pagi ini, hanya Serian di Sarawak mencatatkan status IPU sangat tidak sihat dengan bacaan 214.

Sementara itu, sebanyak 10 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Samarahan dan Kuching, masing-masing 185, Sarikei (174), Sri Aman (173), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (171), Samalaju (169), Mukah (156), Bintulu (155), Miri (150) dan Sibu (102).

Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi di negeri itu dengan IPU 164, diikuti Shah Alam (161), Banting (156), Petaling Jaya dan Klang (153) serta Kuala Selangor (151).

Turut mencatatkan status tidak sihat ialah Tasek Ipoh dan Tanjung Malim masing-masing (158), Seri Manjung (152) serta Pegoh Ipoh (144) di Perak; manakala di ibu negara melibatkan Batu Muda (170), Cheras (161) selain Putrajaya (157).

Kawasan lain yang berada pada tahap sama ialah Nilai (159), Seremban (154) dan Port Dickson (108) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (155), Alor Gajah (152) serta Bandaraya Melaka (103) di Melaka; manakala Segamat (155), Batu Pahat (153), Kluang (151) dan Tangkak (142) di Johor.

Secara keseluruhan, 29 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, sementara empat kawasan mencatatkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved