
KUALA LUMPUR – Kawasan Serian di Sarawak masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat susulan jerebu setakat 4.30 petang ini.
Berdasarkan semakan menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) petang ini, stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan 213.
Sementara itu, sebanyak lapan kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Samarahan (186), Kuching (183), Sarikei (174), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (166), Samalaju (165), Sri Aman (159), Bintulu (157) dan Mukah (151).
Di ibu negara pula, kawasan merekodkan bacaan tidak sihat ialah Batu Muda (169) dan Cheras (159), Selangor membabitkan Johan Setia (161), Shah Alam (157), Banting (154) serta Klang (118) manakala Putrajaya (157).
Kawasan lain berada pada tahap sama ialah Jerantut (161) dan Temerloh (140) di Pahang; Segamat (159), Batu Pahat (155), Kluang (155), Tangkak (152) dan Larkin (127) di Johor; Nilai (157), Seremban (155) dan Port Dickson (117) di Negeri Sembilan; Tanjung Malim (156) dan Tasek Ipoh (154) di Perak serta Bukit Rambai (156), Alor Gajah (152) dan Bandaraya Melaka (105) di Melaka.
Secara keseluruhan, 31 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, sementara lima kawasan mencatatkan bacaan baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. – BERNAMA
The post Jerebu, hanya Serian catat IPU sangat tidak sihat appeared first on Kosmo Online.






