Tiada Kelulusan Majlis, MBPP Arah Lukisan Mural Tular Di Chew Jetty Dipadamkan

13 Nov 2025 • 4:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Heboh belakangan ini mengenai satu video tular seorang pelancong China melukis seekor panda pada mural ‘Girl on Scooter’ di Chew Jetty, Pulau Pinang.

Susulan video terbabit menjadi perdebatan hangat di media sosial, pemilik asal mural tampil menjelaskan bahawa pelancong wanita itu sebenarnya dijemput dan diberi kebenaran untuk melukis pada mural itu.

image is not available

Tiada kelulusan MBPP

Bagaimanapun, isu berkenaan telah meraih perhatian Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mengarahkan agar lukisan mural berkenaan dipadamkan kerana telah melanggar undang-undang.

Memetik sumber The Star, MBPP mengeluarkan notis arahan di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976, meminta pemilik bangunan segera memadam atau mengecat semula dinding berkenaan.

Sekiranya melanggar atau tidak mematuhi arahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Difahamkan, Chew Jetty ialah kampung air terbesar dan popular antara semua Clan Jetties yang didiami komuniti Chew.

Perkampungan nelayan ini turut diiktiraf UNESCO sebagai sebahagian daripada George Town World Heritage Area sejak 2008.

Menurut sumber lagi, pelancong wanita itu dipercayai turut melukis mural di beberapa lokasi lain sekitar Pulau Pinang termasuk di Butterworth.

Sumber: The Star

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.