
SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk tidak menaikkan cukai pintu kediaman untuk tempoh lima tahun akan datang, selaras dengan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kepentingan rakyat yang perlu menanggung bayaran cukai pintu.
Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum ini menjalankan kajian berkaitan cukai pintu, namun keputusan Exco pada hari ini menetapkan tiada kenaikan cukai pintu kediaman,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata, semua pemilik kediaman perlu membayar cukai pintu dan kerajaan negeri tidak mahu membebankan rakyat dengan kenaikan cukai berkenaan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-16 akan diadakan pada 18 Ogos ini bagi memilih Speaker dan Timbalan Speaker.
“Speaker yang akan dilantik nanti kebiasannya bukan dalam kalangan Yang Berhormat (Ahli Dewan Undangan Negeri), manakala Timbalan Speaker dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada kenaikan cukai pintu sehingga 2031 appeared first on Kosmo Digital.






