Tiada Kenaikan Harga: Semua Harga Minyak Kekal!

LocalBusiness & Finance
6 Nov 2024 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana kerajaan mengekalkan harga semua produk petroleum bermula esok hingga 13 November ini.

Untuk makluman harga RON97 kekal pada paras RM3.19 seliter manakala RON95 juga kekal pada harga RM2.05 seliter.

image is not available

Sementara itu, harga diesel di Semenanjung Malaysia turut dikekalkan iaitu RM2.95 seliter.

Tidak ketinggalan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter.