“Tiada keperluan berjumpa, hati saya sudah terluka” – Bapa Along Spoon Sudah Maafkan Suspek Kes Anak

Entertainment
25 Jun 2024 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bapa kepada penyanyi Allahyarham Along Spoon menyatakan yang dia sudah memaafkan bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi terkenal era 90-an itu.

Jelas Tengku Syafie Tengku Yusof atau lebih mesra disapa Pak Engku, dia sudah lama memaafkan Ya’cob yang telah selesai menjalani hukuman penjara pada 16 November tahun lalu.

image is not available

“Dari dulu lagi saya sudah maafkan si pelaku. Apa yang terjadi adalah ketentuan Allah. Mungkin di peringkat awal saya susah nak terima, itu mungkin satu kesilapan yang saya buat.”

“Pada akhirnya saya hanya berdoa hanya Allah Yang Maha Berkuasa dan saya terima segala ketentuan-Nya.”

Bagaimanapun, Pak Engku menjelaskan kepada mStar Online bahawa dia tidak berhasrat untuk bersua dengan Ya’cob kerana merasakan tiada keperluan untuk dia berbuat demikian.

Namun begitu, dia terima dengan hati terbuka sekiranya suspek yang membunuh anak sulungnya itu datang untuk meminta maaf kepadanya.

“Rasanya tiada keperluan untuk saya berjumpa dengan si pelaku. Hati saya sudah terluka, tapi tak mengapalah, buat sahaja hal masing-masing.”

“Tapi kalau si pelaku itu datang nak minta maaf, saya terima tak ada masalah. Tapi untuk saya pergi berjumpanya rasanya tidak perlu.”

image is not available

Biarpun Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie sudah tiada, Pak Engku tidak pernah lupa untuk sentiasa berdoa buat anaknya itu. Mengimbau saat ‘keberadaan’ anaknya, katanya, Along seorang anak yang baik dan sangat hormat ibu bapanya.

“Arwah seorang anak yang sangat manja. Orangnya lemah lembut, dia memang rapat dengan ibunya. Kalau dia nampak ibunya terguris hati, waktu itu juga dia bersujud di kaki ibu.”

Untuk rekod, pada 16 November tahun lalu, Ya’cob dibebaskan dari Penjara Kajang selepas menjalani hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan meminda kepada penjara 33 tahun.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.