Tiada keperluan mendesak rombak Kabinet: PM

Politics
29 Sep 2023 • 10:55 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada keperluan mendesak untuk Kerajaan Perpaduan melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Perdana Menteri memaklumkan, walaupun terdapat kekosongan bagi portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pengurusan kementerian berkenaan ditangani dengan baik menerusi pemangkunya, Datuk Armizan Mohd Ali.

“(Rombakan Kabinet) tidak mendesak sangat sebab yang kosong (hanya) satu. 

“Saya dah minta Armizan dan Fuziah untuk beri perhatian (berkaitan kementerian berkenaan),” katanya kepada media pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Tabung Haji (TH) di Menara TH di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Anwar bersedia membuat rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Rombakan itu antaranya membabitkan Kabinet, Ketua Setiausaha (KSU), anggota birokrasi, kakitangan awam dan pejabatnya sendiri.

Desas-desus rombakan Kabinet timbul selepas kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Malah, rombakan itu didakwa hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai yang bakal diadakan 7 Oktober ini. – 29 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved